Tuesday, 27 December 2011

Hukum Merungkai Sihir Menggunakan Sihir

"Bagaimana mahu mengubati anak gadis yang telah disihir? Bagaimana mahu membebaskan dirinya daripada belengggu sihir? Bagaimana mahu menyembuhkan penyakit pelik ini? "Saya sudah terlalu lama menanggung azab", bisik hatinya. Ahhhh,,,siap kau! Aku akan bertemu dengan tukang sihir yang lebih hebat dan tahulah kamu padahnya! Kau juga akan merasakan kesakitan seperti yang aku rasakan bahkan kesakitan yang lebih parah!"

Mungkin inilah yang dibisikkan oleh seorang pesakit yang disihir. Hatinya gundah dan resah, tambahan dengan keimanannya yang lemah dan pengetahuan agamanya yang cetek. Maka dendam kesumat itu akan terus menyala, merosakkan orang lain dan dirinya. Bahkan dendam itu akan turut merosakkan akidah dirinya sendiri.

Persoalan berkaitan merungkai sihir ini adalah termasuk dalam permasalahan "an-Nusyrah" yang dibincangkan hukumnya oleh para ulama. Nusyrah (merungkaikan sihir) ini terbahagi kepada dua.

Pertama; Merungkaikan sihir dengan sihir.
Kedua; Merungkaikan sihir dengan menggunakan ruqyah (jampi syarak), ayat-ayat @ zikir pelindung dan juga ubat-ubatan yang diharuskan.

عن جابر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن النشرة ؟ فقال:" هي من عمل الشيطان ". رواه أحمد بسند جيد وأبو داود
Daripada Jabir radiyallahu anhu bahawa rasulullah ditanya tentang an-nusyrah, lalu baginda menjawab; "Ianya adalah termasuk dalam amalan syaitan". Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud.

Hadis ini memberi maksud pengharaman bagi mereka yang menemui tukang sihir untuk merungkaikan sihirnya. Adapun merungkaikan sihir dengan doa-doa dan ruqyah yang disyariatkan maka ianya diharuskan. Kedua-dua pihak samada tukang sihir yang merungkaikan sihir mahupun pesakit yang terkena sihir akan menerima dosa dengan perbuatan mereka. Ini kerana kedua-duanya akan mendambakan dirinya kepada syaitan, melakukan kesyirikan, mentaati segala permintaan dan suruhannya sehinggalah kepada melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak.

Justeru menjauhi amalan syaitan adalah wajib dan mendekati apatahlagi melakukannya adalah haram. Hal ini sama seperti dalam surah al-Maidah ayat 90 bermaksud; "Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[[1]], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

Berkata Syeikh Soleh Fauzan al-Fauzan Hafizahullah; "Adapun sesiapa yang menfatwakan harus merungkaikan sihir dengan sihir yang seumpamanya, maka dia telah tersilap dan salah dari banyak sudut;
1) Fatwanya itu menyalahi fatwa-fatwa yang soheh yang disokong oleh dalil-dalil syarak.
2) Fatwa yang mengharuskan itu akan merangsang dan membanyakkan lagi bilangan tukang sihir dengan alasan mahu menolong orang yang di sihir.
3) Fatwa seperti ini akan membatalkan hukum syarak yang memerintahkan agar dibunuh tukang sihir seperti termaktub dalam hadis.
4) Sesungguhnya Allah telah menjadikan ubat bagi mereka yang terkena sihir dengan menggunakan an-nusyrah as-syariyyah.
5) Sesungguhnya tidak boleh berubat dengan benda-benda yang haram seperti sabda nabi yang bermaksud; "berubatlah kamu semua, dan janganlah berubat dengan benda-benda yang haram". Ibnu mas'ud berkata; "sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kamu semua dengan sesuatu yang dihaamkannya kepadamu, dan sihir merupakan kekufuran yang mengeluarkan seserorang dari agamanya. Dan sihir merupakan diantara dosa-dosa besar, bagaimana ianya harus digunakan untuk berubat?.

Cara an-Nusyrah yang diharuskan;
1) Menggunakan ayat-ayat ruqyah (jampi) yang termaktub dalam al-quran dan as-sunnah. Ayat-ayat itu juga kadang-kadang dengan ijtihad ulama berkaitan ayat-ayat yang sesuai mengikut kesesuaian penyakit. Samada si pesakit membaca sendiri ayat-ayat jampi ini –ini adalah yang paling afdhal- ataupun dibacakan oleh orang lain kepada pesakit.
2) Mengamalkan ayat-ayat pelindung setiap pagi dan petang. Seperti surah al-Falaq dan an-Nass, juga hadis Nabi; "a'uzubikalimatillah al-tammati min syarri ma kholaq" dan lain-lain lagi contoh dalam hadis.
3) Menggunakan beberapa bahan ubatan yang diharuskan seperti daun sidir, minyak wangi, minyak zaitun, air zam-zam, tamar Nabi, madu dan sebagainya yang mengandungi khasiat tertentu seperti termaktub dalam hadis. Bahan-bahan ini disertakan dengan bacaan al-Quran dan ruqyah untuk diberikan kepada pesakit yang disihir sebagai minuman, mandian, sapuan dan sebagainya.

Akan tetapi perlu diingat, bahawa pesakit mestilah bersangka baik dengan Allah dan yakin bahawa ubatan dan usah-usaha ruqyah yang dilakukan adalah mujarab. Sesungguhnya kesembuhan adalah ditangan Allah. Dialah yang memberi mudharat dan manfaat. Mereka yang ditimpakan sihir harus bersabar dengan perubatan-perubatan syarak ini, sekalipun kadang-kadang ianya memakan masa yang agak lama. Sebenarnya dalam masalah ruqyah ini ianya berkait juga kepada keyakinan pesakit, rasa tawakkal dan azam yang tinggi untuk sembuh. Semoga Allah menyembuhkan mereka yang ditimpakan musibah ini, menghapuskan kejahatan-kejahatan tukang sihir serta membongkar kejahatan-kejahatan mereka kepada umum. "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang maha sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan".

petikan dari sini

Wednesday, 21 December 2011

pangkor island beach resort

Hari ni i nak bercerita antara pulau yang menarik di Malaysia bumi bertuah ni..Pangkor..pangkor memang banyak hotel2 n chalet2 yang boleh tahan harganya.. jika korang antara orang yang 'BERADA' bolehlah korang memilih pangkor laut yang di terajui oleh YTL ... memang sungguh 'KELAS' harganya.. pemandangan yang cantik dengan laut bersih luas terbentang...  klu korang biasa2 sahaja... dalam edisi baget @ bos belanjer boleh lah pilih pangkor island beach resort memang cantik sangat ..bukan nak jagi egen tapi kenyataan , laut dia sendiri.. putih bersih.. korang x percaya k tgk ker bawah k.. antara gambar2 i kat sana...


pasir yang putih


dapat tengok matahari terbenam



nak romantik pun bolehkan


ni gambar dari bilik kami yang mengadap laut... cun x.. luas mata memandang..


rasa-rasa 2012 i akan muncul kembali ker sini... paper pun thx bos yang mensponser kami sekeluarga dan memperkenalkan pangkor island beach resort ini, inilah yang terbaik di pulau pangkor... 
klu korang2  nak merancang percutian ble lah survey2 kat  pangkor island ni.. k... 


Monday, 19 December 2011

Madu Manna

MADU MANNA


Madu istimewa ini daripada pokok Tualang Cameron Highlands yang diisikan dgn tenaga 30 juzuk A-Quran, zikrullah dan selawat. Rahsia mukjizat Al-Quran ini menjadi pentunjuk kepada orang yang beriman, ilmu kepada mereka yang berfikir dan penawar kepada mereka yang bermasalah.
Kekuatan tenaga yang terkandung didalam Kalam Allah ini begitu hebat sekali sehinggakan boleh meruntuhkan gunung. Bayangkan sekiranya tenaga tersebut digunakan sebagai sumber penawar untuk pelbagai masalah kesihatan samada spiritual, mental atau fizikal.
Dengan mengamalkan meminum produk madu ini, Insyaallah tubuh anda akan sentiasa dipenuhi dengan Nur Al-Quran yang menjadi pendinding diri dari gangguan sihir, makhluk halus dan penyakit berjangkit. ini adalah alternatif mudah kepada pengisian Al-Quran kedalam tubuh selain dari membacanya.
Dengan Izin Allah, Madu ini telah pun digunakan utk merawat masalah berikut:

- Jantung/Hati/Buah Pinggang/pankreas
- Kolestrol/Migrain/Gout/Tiroid/Asma/gastrik/Batuk
- pening kepala/muntah/cirit birit
- lemah syahwat/alahan/hepatitis
ketumbuhan/kanser
- karacunan/toksik
Sihir/santau
- lemah semangat/fobia/trauma
- lemah daya Ingatan/anak degil/keras hati
- strees/tension
dan 1001 masalah yang lain.

Jika berminat untuk mencuba bolehlah tel: 
kak ai = 017-2300167
(petikan dari http://madumanna.blogspot.com/)



Friday, 16 December 2011

oh ombak rindu... ohh bau...


Penangan ombak rindu... hari ni i pergilah menjenguk di gsc midvalley bersama geng2 opis.. bak kata orang yg dah pergi semua menyarankan untuk membawa tisu lebih.. coz air mata mengalir dengan sendirinya bila tgk movie ni.. agak lama juga i menunggu cerita ni mula.. banyak betullah iklan yg disediakan pihak gsc, tapi klu x der iklan mcm mana pihak gsc ni nak dpt duit tepikan.. jd biau ler.. bak kata org melaka...tapi yang menyebabkan i hilang 'MOOD' ni ... ha e2 BAU yang paling WANGI yang menyengat di hidung... x tau lah berapa gelen ke, berapa papan telur rebus dia makan.... dah la baru 5 minit cerita ditayangkan... bukan sekali tapi 2x .. wahai warga2 yang dah makan telur rebus tu.. tolonglah jangan lepaskan angin anda di tempat yg gelap dan ramai orang.. memang semua org bayar untuk tgk wayang tu, tp hormatlah sikit... klu bunyi x per, x der bau.. x pun nak lepaskan tu pergi tempat org x der... huh sabar jerlah... 
urmm... ombak rindu  walaupun ada lari sikit dari cerita novel.. tapi mungkin ada alasan tersendirinya, i bg 5 bintang untuk cerita melayu dr novel yg paling best..

Thursday, 15 December 2011

i mau berleter.....

hahhaha... tadi dah post yg bear tu.. tp rasa mcm ada free sikit pagi ni.. al-maklumlah hari ni cuti..
i ni mmg suka berceloteh, tp kat opis n kawan2 jelah lah.. org2 yg kurang kenal.. urm mungkin ingat i ni sombong kot.. coz i akan x tegur dia.. n tgu dia mulakan klu x .. jgn harap i nak mulakan perbualan.. huhuh..
oklah dr i berceloteh tentang org2 kenalan.. baik i terangkan kenapa i gelarkan diri i " i"..
inilah panggilan i di kampung.. sebutlah nama lain selain i mmg x kenallah diaorg terutama yg dah nenek2 n makcik2 tu... nama penuh i pun xtau walaupun ala-ala chef  Zaidah gitu... huhuhuh...
hari ni i nak komgsi ngan korang tentang Madu....
macam serius pula bunyinya.. mesti korang terfikir tentang madu lebah n madu " ehem2 " tu kan .. hahhaha minta simpang.. ok i nak shere kat sini tentang madu lebah...n madu yang boleh merawat penyakit..
madu manna..
Khasiat fizikal madu tualang
- kaya dengan vitamin & mineral
- Menguatkan jantung, mencegah drpd penyakit darah tinggi,
   merendahkan kadar gula dalam darah,menguatkan otak,
   mengembalikan mood serta awet muda
- amat baik sebagai makanan semulajadi
- mempertingkatkan ketahanan badan
- melembutkan kulit dan mengekalkan kecantikan.
- menghilangkan keletihan
- merawat sakit tekak dan batuk
- mengurangkan kolestrol
- meningkatkan kesihatan
- meningkatkan prestasi seksual
di tambahi pula dengan 
ayat-ayat Al-Qur'an pada madu, maka tenaga akan naik, dan akan memberikan pengaruh penyembuhan secara signifikan, sehingga meningkatkan efektif dalam penyembuhan .Madu secara khususnya mentranfer informasi penyembuhan melalui ayat-ayat Al-Qur'an ke dalam sel-sel tubuh.
(petikan semua diambil dari facebook malalui https://www.facebook.com/madumanna)

mesti korang-korang tertanya-tanyakan saya ni dah cuba ke... jawapan nya...
"ya ..sudah, sangat berkesan"
Jika berminat untuk mencuba bolehlah tel: 
kak ai = 017-2300167



Lama sudah x menyinggah

Assalammualaikum wbt.. 
Dah lama tak menaip kat sini...terasa rindu mula terasa.. 
baiklah kawan-kawan, bukan i nak menyepi.. tapi hujung tahun.. biasa lah terlampau kebizian sikit.. 
ditambah la pula dengan masalah2 hujung tahun ni.. lagilah pening.. 
 urm korang pernah tengok x bear naik motor..
huhuhu.. hari tu dalam perjalanan ke rumah mak mertua i, i ternampak seorg mamat ni mmg lah "MACHO" giler bawa bear naik motor.. untuk yang tersayang lah tu.. luqman siap lambai2 lagi... nasib juga mamat ni sporting.. klu x mmg kami tebal muka juga la siap hon lagi tu... k ni gambar yang i sempat amik yer..

akulah  bear bakal kesayangan puanku...
(tabik hormat kat mamat tu)
*gambar di zoom-jauh sgt x nampak
 

Friday, 2 December 2011

kajang banjir


Kajang  banjir... 
subhanallah ... x pernah rasanya lagi tgk kajang seperti ini.. 

Tuesday, 1 November 2011

wah wah wah

Hari ini anak bos dah mula datang pagi2 melawat kami, seawal 10 pagi dia sampai hingga 12tgh... Erin nama nye..di dahului dengan "Morning" kepada semua.. sampailah dia ddk di sebelah i... urm & lepas tu , i pun terpaksalah buka cerita ini.. mari kita layan cerita kegemaran dia ni... Layanzzzz 

Sunday, 23 October 2011

hikayat sang kerbau , kancil & buaya

mengenang kembali kisah- kisah lalu... mari kita sama-sama layan hikayat ini.. zAzz

Saturday, 22 October 2011

Friday, 21 October 2011

jangan monyet... Jangan!!

jangan Monyet .... Jangan!!!!!

budak zaman skrg , ooo budak sekarang.... hari ni di opis mana yang tak tahu tentang hikayat ni.. semua tertanya-tanya.. oklah mari kita sama-sama tonton hikayat sang kancil dengan sang monyet ni...Layannnnnnn... 

Wednesday, 19 October 2011

konvokesyenku...



 YA ALLAH KU BERSYUKUR DIATAS SEGALA JALAN YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.. 

bersama mak tersayang


abah yang tersayang

inilah keluarga ku

Tuesday, 18 October 2011

ibu oooo ibu


pagi ni , terkelu sebentar bila melihat anak kecil yang di kelar2 oleh ibu yg tak ada hati dan perasaan tu...
KEJAM... sangat kejam... 

IBU APA SALAHKU,
IBU APA SALAHKU,
IBU APA SALAHKU,
IBU APA KESALAHAN KU,
IBU KENAPA KAU PERLAKUKAN KU SEBERGINI,
IBU KENAPA KAU PERLAKUKAN KU SEBERGINI,
IBU KENAPA KAU PERLAKUKAN KU SEBERGINI,
IBU ADAKAH KAMU TAHU AKAN MASA DEPAN KU,
IBU ADAKAH KU MEMBAWA SIAL KEPADAMU..
IBU KU TIDAK MENGERTI APA-APA MENGENAI DUNIA,
IBU DISUDUT HATI KECILKU, KU INGIN BERSAMAMU,
IBU TANGISAN KU KAU HANTARKU KEMBALI KE SYURGA,
TERIMA KASIH IBU DI ATAS PENGORBANANMU,
MEMINJAMKAN KANTUNG RAHIMMU UNTUK KU IBU,
IBU TERIMA KASIH SEGALANYA..
oleh : zai ibu luqman

puding caremel tanpa telur

gambar belas ehsan encik google

gambarnye kemudian yer.. coz dah banyak kali buat tapi semua habis kene telan sebelum diambil gambar..tapi kat sini i letak gambar belas ehsan encik google la..
klu nak tgk original dr mana i amik resepi ni boleh klik sini
papepun thx cik firasyira...



Bahan-bahan

gula hangus
2 senduk gula - utk buat gula hangus( sy tambah 2 sudu air)


pudingnyer
A
*1bungkus agar-agar serbuk,
*4 cawan air 
*2 1/2 senduk gula

B
*1 tin susu cair (400g)
*2 sudu makan tepung kastard
*1 sudu vanila





  1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar dan hidang. 


Monday, 17 October 2011

mari mengenang kembali tatkala luqman diawal kemunculan nyer..

masa majlis cukur jambul



senyuman memikat semua hati yg melihat



hi hi... saya lah luqman

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

luqman bercerita..
cerita zoo yang betul2 membuatkan luqman duduk diam di depan laptop kakak dia.... 


al-kisah semalam
opis i mmg ramai budak2 pretikal ni.. ble dikatakan seperti pusat pretikal sambil bekerja lah juga..
ada sorang budak pretikal ni diarahkan oleh bos i yg cun melecun...pergi mengadap dato' untuk submit dwg... dan bg duit rm50..  beli kek sebagai kata kelewatan sampai di tempat kejadian... 
apa lagi si budak ni pun pergi beli kek... 
sampai ke dalam kereta sipeneman yg menemani dia ni pun terkejut kerana melihat kotak kecil..
u all nak tau dia beli 2 potong kek yang berharga rm4.60 sepotong hihihihii... .
2 potong kek untuk dato dan pembantunya... hihiihihih.. korang fikirkan lah sendiri.. berapa potong ygboleh dibahagikan kepada staff2nye.. 
Selamat Berfikir.. hihihihi